Tuesday, July 27, 2010

UFUK YANG MENCERITAKAN



18

ufuk yang menceritakan

ketika aku di ufuk tinggi

melepasi awan yang memutih

aku lihat jalur pertemuan

antara langit dan bumi

betapa takjubnya aku

dengan keindahan ciptaan Ilahi

yang tak tercapai dalam ingatan

kalau tiada dengan keimanan

bahawa segala yang dijadikan

adalah dengan tujuan

tidak ada yang dijadikan dengan sia-sia

bagi manusia yang mahu berfikir

siapa tuhannya

siapa penciptanya

di ufuk yang bertemu

tidak kulihat cacat celanya

hanya manusia yang tidak memikirkan

bahawa kejadian alam itu

lebih hebat dari kejadian manusia

betapa bila kulihat

pada muka bumi yang sentiasa bergolak

dengan kerosakan dan kemusnahan

oleh tangan-tangan manusia

tiada jasad manusia yang kelihatan

kerana kecilnya ukuran

tetapi besarnya kedegilan

dalam menentang arahan tuhan

dalam menidakkan keesaan tuhan

bumi yang kelihatan hanyalah

tempat tinggal yang sementara sahaja

yang menjadi medan pertelagahan

dalam mencari kebenaran dan keduniaan

bumi yang di bawah sana

bagaikan tiada manusia menghuninya

hanya yang ada lautan dan daratan

tapi manusia masih engkar arahan tuhan

mereka bagaikan tidak mahu menerima panduan

yang diberi oleh tuhan

dalam menjalani hidup yang sedetik ini

jika dibanding dengan aqirat nanti

yang perjalanannya terlalu PANJANG

dan kekal abadi

menitis airmataku

mengenangkan kerdilnya manusia

tapi besar degilnya

lebih banyak menolak

dari menerima kebenaran

YANG HAKIKI

YUSOFF ARSHAD

TEMERLOH

PAHANG DARULMAKMUR

27 JAMADILAWWAL 1426


No comments:

Post a Comment